SULTAN SULTAN DI ZAMAN KEGEMILANGAN MELAYU MELAKA
Peranan Pemimpin Dalam Perluasan Kuasa
- Menjelang abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang kuat
di Kepulauan Melayu. Empayar Melaka meliputi seluruh kawasan Semenanjung
Tanah Melayu dan negeri-negeri Pantai Timur Sumatera seperti Kampar, Siak
Inderagiri, Rokan, Jambi, Pulau Karimun dan Kepulauan Riau Lingga - Penguasaan Klang di sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu dan penguasaan
Rokan dan Siak di Pantai Timur Sumatera telah memudahkan Melaka mengawal
Selat Melaka sepenuhnya - Kejayaan Kerajaan Melayu Melaka memperluaskan kuasanya kerana mempunyai
beberapa pemimpin dalam yang berwibawa seperti Sultan Muzaffar Shah.
Sultan Mansor Shah dan Sultanb alauddin Riayat Shah dan Tun Perak.
Kepimpinan Sultan Muzaffar Shah (1446-1459)
- Sultan Muzaffar Shah (1446 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan
gelaran sultan - Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar
Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda
Perbalahan ini terdiri daripada orang Melayu dan India Muslim - Baginda berpendapat Tun Perak merupakan calon yang lebih layak untuk menyandang
jawatan Bendahara - Untuk menyatukan kedua-dua belah pihak yang berpecah, baginda memujuk
Tun Ali supaya meletakkan jawatan sebagai Bendahara - Sebagai balasan baginda berkorban menceraikan permaisurinya Tun Kudu
untuk dikahwinkan dengan Tun Ali - Langkah ini ternyata dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak kerana
Tun Kudu adalah kakak kepada Bendahara Tun Perak. - Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam iaitu
dengan menghantar Tun Perak untuk mematahkan serangan tersebut dan strategi
baginda baginda berjaya - Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan China yang menyebabkan
kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh negara China dan negara lain
Kepimpinan Sultan Mansor Shah (1459 - 1477)
- Semasa pemerinthan baginda, Melaka telah mencapai Zaman kegemilangannya
- Pada zaman pemerintahan baginda, lahir beberapa pahlawan agung Melaka
seperti hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi - Kerajaan Melayu Melaka juga berjaya melaksanakan penaklukan dengan jayanya
dan antaranya:
a.Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu)
b.Siak (Pantai timur Sumatera) - Sultan Mansor Shah juga mengagalkan usaha Kampar, Inderagiri dan Pahang untuk
membebaskan diri daripada kekuasaan Melaka.
Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)
- Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan keamanan dan pentadbiran negara
- Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al-Khatab. Dalam
buku Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah - Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat
sendiri keadaan dalam negerinya. - Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan kawalan keselamatan
yang lebih ketat dan rapi di Melaka - Tinbdakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan dibunuh. Masalah
jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka kembali aman - Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda menumpukan perhatian kepada
perluasan kuasa - Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah berani untuk menyerang Aru
dan telah memperoleh kemenangan
No comments:
Post a Comment