Peristiwa Serangan Siam 1445
- Dalam peperangan ini Tun Oerak membawa pengikutnya bersama-sama anak dan
isteri ke Melaka untuk mempertahankan Kota Melaka - Tindakan beliau tersebut menyebabkan pengikut-pengikutnya berjuang bermati-matian.
mempertahankan Melaka
Peristiwa Serangan Siam 1456
- Tun Perak membawa tenteranya ke Batu Pahat
- Beliau telah mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu-perahu kecil
sebagai muslihat perang - Tindakanya itu menyebabkan pihak Siam sukar mengejar tentera Melaka
- Beliau mengarahkan beratus-ratus jamung diikat pada pokok di sepanjang pantai oleh
tentera - Tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka terlalu ramai berbanding tentera
Siam - Tentera Siam membatalkan niat untuk menyerang, lalu pulang ke Siam
Peristiwa Serangan ke atas Pahang
- Tun Perak juga telah mengetuai serangan ke atas Pahang
- Pahang ketika itu di bawah naungan Siam
- Tun Perak berjaya dalam serangan serangan tersebut dan Pahang menjadi tanah
jajahan Melaka
Peristiwa Pembunuhan Tun Besar
- Tun Perak adalah pemimpin yang taat setia pada raja. Beliau tidak menderhaka atau
menuntut bela apabila Raja Mahmud, putera Sultan Mansor Shah membunuh anak
beliau Tun Besar - Kejadian itu berlaku akibat bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena tanjak
Raja Mahmud - Tun Perak tidak menuntut bela malah melarang pengikutnya bertindak ke atas Raja
mahmud. Beliau berkata 'Adat hamba orang Melayu tidak pernah derhaka tetapi akan
kita pertuankan raja seorang ini janganlah' - Raja Mahmud tidak dilantik menjadi Sultan Melaka. Baginda dihantar ke Pahang dan
ditabalkan menjadi Sultan Pahang - Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam Melaka serta kesetiaan
rakyat kepada Sultan Melaka
Kesan Perluasan Kuasa
Perlusan kuasa Melaka telah membawa beberapa kesan iaitu
a. Sumber kekayaan wilayah yang ditakluki dapat dikuasai
b. Perdagangan di pelabuhan Melaka menjadi semakin maju dan pesat
c. Ekonomi Melaka semakin bertambah pesat kerana semua perdagangan jajahan takluk dikehendaki melalui pelabuhan Melaka sahaja
d. Melaka juga menjadi semakin kaya dengan pemberian ufti wilayah
jajahannya.